Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

Dialog antara Nafsu dan Iman




Nafsu: Kalau kau tak couple, sampai bila pun tak jumpa jodoh hoi!

Iman: Orang dulu-dulu tak couple pun, kahwin je? Cuba tengok datuk nenek kita dulu, mana ada nak sibuk-sibuk bercouple ni. Akhirnya bahagia jugak. Sampai ke anak cicit lagi!

Nafsu: Tu orang dulu-dulu Man, kau jangan nak banding zaman dulu dengan sekarang. Dulu kuno, mana ada nak romantik-romantik ni! Kau tengok budak sekarang ni, bahagia je mereka. Kat Mid Valley berdua, kat UNIELSE berdua, kat meja study berdua, makan pun bak candle light dinner ! Euww, romantisnya anak-anak zaman sekarang. Jealousnya! Man, cakap je lah yang kau jealous kan, kan, kan?Hahaha…


::: thanx 4 reading my entry! :::

Novel Cabul

Korang mesti suka baca novel,betul tak? Korang tau tak novel yg korang baca kadang2, DIULANGI KADANG-KADANG hanya layak dibawa ke tong sampah? Kenapa? Kerana ada novel2 yg kandungannya agak bertentangan dgn nilai2 Islam. Memang tak dinafikan membaca novel itu bagus untuk menyemai sikap membaca tetapi adakah kandungan novel tersebut sesuai untuk pembacaan umum? Aku selalu baca novel kat library sekolah aku(pegawai penapis novel baru di library aku la kononnya) dan beberapa novel yg agak cabul jalan ceritanya. Apa ni? Kadang2 tu kandungan kuning diagung-agungkan dan seperti yg aku tulis tadi,bertentangan dgn nilai Islam. Konon mencari cinta sejati, siapa yg patut kita cintai sebenarnya? Allah atau makhluk? Korang bacalah artikel di bawah ini yer...( diharap tak de yg terasa dgn entri kali ni)


::: thanx 4 reading my entry! :::

Dialog moden lagi berpahala menyebutnya

INGAT ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN INGAT KPD KITA

Korang tau x dialog yg korang selalu ungkapkan tak kira kpd sesiapa kadang2 boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kwn? So,apa kata kita tukar dialog yg korang selalu ungkapkan ni dgn alternatif yg lebih baik:

1.Perh...gempak siot...      kepada       Subhanallah...
2.OMG(oh my god)          kepada       Ya Allah...
3.Terbaek...                       kepada        Alhamdulillah...
4.Ok...orait...                     kepada         Insha-Allah
5.Cilakak...                        kepada       Masha-Allah
6.Alamak,lupa plak...        kepada       Allahumassolli `ala Muhammad...
7.Arghhh...pening...          kepada       Astaghfirullah
8.Eeee...teruknya...           kepada       Na`uzubillah...
9.Opocot...                        kepada       Allahu akbar...
10.Hek eleh...                   kepada        La ilaha illallah


Mudah bukan? Betulkan yg biasa,biasakan yg betul. Semoga kita beroleh berkat-Nya di dunia dan akhirat Insha-Allah



::: thanx 4 reading my entry! :::

Langkah mengurus konflik



1.      Turunkan emosi kita (Jgn emo sangat)

~Apabila emosi mengawal kewarasan kita,konflik menjadi lebih rumit kerana kita cenderung menuduh dan mempersalahkan org lain.

2.      Mengalah dulu

~Usaha selesaikan konflik secara menang-menang memerlukan kita mengalah dulu. Org yg berkonflik ni rasa dia saja yg betul, so cara paling baik ialah dgn meminta maaf. Diharapkan cara ini dpt mengembalikan rasa percaya memparcayai antara kedua-dua pihak.

3.      Elakkan org ketiga

~Jangan libatkan org ketiga kerana ia akan mengusutkan keadaan sahaja.

4.      Tumpu pada konflik sebenar

~Jangan mengungkit perkara lain dan mengaitkan dgn masalah lain. Fokus pada masalah yg sedang dirundingkan. Masalah yg banyak menyebabkan isu utama terabai.

5.      Pecahkan masalah kepada bahagian

~Jangan selesaikan masalah  yg kompleks sekaligus. Selesaikan masalah secara beransur-ansur atau sedikit demi sedikit.

6.      Bezakan masalah dengan peribadi

~Pisahkan peribadi drpd isu yg dikonflikkan. Kita selalu cakap,“Ni semua salah kau” ataupun “aku tak kira…”. Itu menunjukkan kita tak mampu bezakan masalah dgn peribadi. Ramai org berusaha mencari siapa yg bersalah drpd menyelesaikan masalah itu.

7.      Jangan mengugut

~Jangan guna paksaan dan ugutan dlm menyelesaikan konflik. Lebih baik memujuk dan memberi pilihan iaitu idiosyncratic power

::: thanx 4 reading my entry! :::

KUNCI JADI INDIVIDU BERKREADIBILITI



Definisi Kreadibiliti

Kreadibiliti adalah tulang belakang kpd pembinaan kualiti pemimpin. Winston Churchill pernah berkata,factor penting adalah siapa diri seseorg. Selepas itu,bagaimana dia menyampaikannya dan akhirnya barulah diikuti dengan apa yg akan diperkatakannya.

            Pada pandangan Islam,factor utama membina kreadibiliti adalah akhlaknya. Nabi Muhammad adalah contoh terbaik pemimpin yg memiliki akhlak terpuji. Membina peribadi yg terpuji lbh penting drpd kemahiran membina kreadibiliti yg lain. Semua kemahiran itu dapat diperoleh satu persatu melalui pendedahan dan latihan. Namun,sekiranya pemimpin itu sendiri tiada akhlak yg baik,adakah mereka dapat mengubahnya?

            Harus diingat,kreadibiliti mengambil masa yg lama utk kita membinanya tetapi utk meruntuhkannya memerlukan beberapa minit sahaja.

::: thanx 4 reading my entry! :::

TIP PANDAI BELAJAR:KAEDAH MENGHAFAL



1)      Membaca Secara Menyeluruh

-Baca dulu keseluruhan nota yang korang nak hafal dan tanya sesiapa yang korang rasa dia boleh tolong korang supaya korang faham dengan teliti apa yang korang hafal. Perkara yang sangat penting. Aku benci kalau orang Tanya aku sesuatu perkara yang dia hafal tapi BLURRR je.(Kadang-kadang tu buku rujukan ada kat depan dia tau, sabo je la)

2)      Ambil Nota Ringkas

-Senang cakap korang buat toyol tapi jangan pulak korang bawak masuk dewan. Kantoi korang jangan salahkan aku. Aku paling suka cara ni. Korang ambik nota yang perlu je yang korang sendiri faham. Korang boleh buat nota berdasarkan ‘learning outcome’ or ‘hasil pembelajaran’ kat permulaan setiap sub-topik dalam setiap buku teks yang korang ada. Pastikan nota korang cukup padat dan sediakan buku rujukan jika korang ikut cara ni(sebab kadang-kadang buku teks tak bgtau secara lengkap,buku teks bg tau secara umum je). Paling afdhal korang guna kertas A4 lipat 8 bahagian dan tulis nota korang kat kertas tu.


::: thanx 4 reading my entry! :::

Menarik dan tertarik

Kali ni aku ada cerita baik nak bgtau korang.....Alkisah...

Petang itu cuaca agak muram. Sang mentari mula melarikan diri. Tiga bulan berkhidmat tanpa henti, mungkin sudah tiba masanya untuk berehat seketika. Biarkan hujan pula merahmati bumi Shamrock ini.

Aku dan Mr. X masih asyik bersembang sambil menikmati kopi panas yang meletup!

"Kita akan tertarik kalau sesuatu itu menarik."

Alamak..Mr. X sudah memulakan bicara falsafahnya.

"Mmm..betul," jawabku ringkas.
"Jadi kalau semua benda ini menarik maka kita akan tertarik," sambung Mr.15.

::: thanx 4 reading my entry! :::

Sajak kepada kekasih(ye ke)


Awak,
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
jadik you can always count on me


Awak,
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat2 tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan

Awak,
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi saya buat bodoh ajer
Padahal bumi nie raser cam dah tak 
cukup graviti

Awak,
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak gune

Awak,
Hari ni awak tego saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boley 
berenti borak

Awak,
Hari ni saya tego awak
Tapi saya tego awak dalam hati
Jadik awak tak penah dengar all the gud 
lucks and
take care hari2

Awak,
Hari ni kita duduk semeje
Tapi raser cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadik saya blah mcm tu ajer

Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya still kat sini­

::: thanx 4 reading my entry! :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...