Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

Langkah mengurus konflik



1.      Turunkan emosi kita (Jgn emo sangat)

~Apabila emosi mengawal kewarasan kita,konflik menjadi lebih rumit kerana kita cenderung menuduh dan mempersalahkan org lain.

2.      Mengalah dulu

~Usaha selesaikan konflik secara menang-menang memerlukan kita mengalah dulu. Org yg berkonflik ni rasa dia saja yg betul, so cara paling baik ialah dgn meminta maaf. Diharapkan cara ini dpt mengembalikan rasa percaya memparcayai antara kedua-dua pihak.

3.      Elakkan org ketiga

~Jangan libatkan org ketiga kerana ia akan mengusutkan keadaan sahaja.

4.      Tumpu pada konflik sebenar

~Jangan mengungkit perkara lain dan mengaitkan dgn masalah lain. Fokus pada masalah yg sedang dirundingkan. Masalah yg banyak menyebabkan isu utama terabai.

5.      Pecahkan masalah kepada bahagian

~Jangan selesaikan masalah  yg kompleks sekaligus. Selesaikan masalah secara beransur-ansur atau sedikit demi sedikit.

6.      Bezakan masalah dengan peribadi

~Pisahkan peribadi drpd isu yg dikonflikkan. Kita selalu cakap,“Ni semua salah kau” ataupun “aku tak kira…”. Itu menunjukkan kita tak mampu bezakan masalah dgn peribadi. Ramai org berusaha mencari siapa yg bersalah drpd menyelesaikan masalah itu.

7.      Jangan mengugut

~Jangan guna paksaan dan ugutan dlm menyelesaikan konflik. Lebih baik memujuk dan memberi pilihan iaitu idiosyncratic power

::: thanx 4 reading my entry! :::

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...