Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

Novel Cabul

Korang mesti suka baca novel,betul tak? Korang tau tak novel yg korang baca kadang2, DIULANGI KADANG-KADANG hanya layak dibawa ke tong sampah? Kenapa? Kerana ada novel2 yg kandungannya agak bertentangan dgn nilai2 Islam. Memang tak dinafikan membaca novel itu bagus untuk menyemai sikap membaca tetapi adakah kandungan novel tersebut sesuai untuk pembacaan umum? Aku selalu baca novel kat library sekolah aku(pegawai penapis novel baru di library aku la kononnya) dan beberapa novel yg agak cabul jalan ceritanya. Apa ni? Kadang2 tu kandungan kuning diagung-agungkan dan seperti yg aku tulis tadi,bertentangan dgn nilai Islam. Konon mencari cinta sejati, siapa yg patut kita cintai sebenarnya? Allah atau makhluk? Korang bacalah artikel di bawah ini yer...( diharap tak de yg terasa dgn entri kali ni)


Permintaan untuk novel-novel cabul dalam apa-apa jua bahasa memang sentiasa ada, dan saiz pasaran itu besar. Kuasa duit sedang mendorong industri novel cabul membesar dengan rancaknya. Semakin banyak penulis novel cabul muncul dalam pasaran. Semakin banyak penerbit yang menceburi sektor novel cabul. Semakin banyak kedai buku menjual novel cabul.
Laporan risikan pasaran yang kita lakukan menunjukkan pada masa ini novel-novel cabul menguasai pasaran fiksyen dalam Bahasa Melayu. Angka jualan novel-novel cabul itu mengatasi jualan novel-novel cinta romantis.

Novel-novel itu dijual di semua kedai buku utama. Laporan yang kita terima daripada petugas sebuah cawangan kedai buku berangkaian menunjukkan jualan kategori novel cabul mengatasi jualan lain-lain kategori buku.

Kedai-kedai buku yang selama ini sangat dihormati sebagai kedai buku bermutu pun kini menjual novel-novel cabul, malah novel-novel cabul itu diiktiraf dalam senarai bestseller mereka, serta dinobatkan dengan diberi hadiah dan anugerah.

Ada suatu fenomena baru yang sedang berlaku dalam industri novel cabul hari ini.

Pada masa-masa yang lalu, penulis-penulis novel cabul adalah terdiri daripada penulis lelaki. Tetapi pada saat ini, penulis-penulis perempuan mendominasi pasaran buku cabul. Maklumat daripada pasaran mengatakan ada antara penulis-penulis novel cabul itu adalah perempuan-perempuan muda yang belum berkahwin

Menulis novel-novel cabul terbukti boleh membawa keuntungan yang banyak dan segera. Jualan novel-novel cabul sangat rancak sekarang ini. Kedai buku besar dan kecil, terkenal dan tidak terkenal, semuanya sedia menjadi agen jualan novel-novel cabul.

Semua perkara ada baik dan buruknya, ada untung dan ruginya, ada plus dan minusnya.

Risiko paling besar menjadi penulis novel cabul adalah dosa yang berpanjangan. Meskipun kita sudah berhenti menulis, malah sudah bertaubat, namun kesan buruk akibat daripada pembacaan novel-novel itu tetap berjalan terus ke atas mereka yang pernah membacanya.

Meskipun kita menggunakan nama-nama samaran, orang tetap akan tahu juga siapa kita yang berselindung di sebalik nama-nama samaran itu. Nama baik kita rosak sampai bila-bila. Masyarakat tidak akan memaafkan kita.

Risiko menjual novel-novel cabul pun begitu juga. Meskipun sudah berhenti menjualnya, kesan kerosakan daripada jualan novel-novel cabul itu yang lalu tetap berlaku terus. Tidak dapat dihapuskan.

Antara ciri novel cabul:
1. Ada adegan/babak “dalam kelambu”;
2. Ada adegan/babak “ringan-ringan”;
3. Ada deskripsi memperincikan susuk badan(aurat) watak;
4. Ada dialog lucah ...

Selain bertaubat, orang yang menulis perkara-perkara yang salah dan sesat punya kewajipan untuk membantah dan menjelaskan semula kesalahan-kesalahannya yang lalu.

Seperti kes Imam Abu Hassan al-Asy’ari rahimahullah. Selepas bertaubat dari akidah muktazilah beliau dengan gigih menulis buat membantah kesalaha akidah muktazilah. Maka lahirlah buku-buku seperti al-Ibanah Usul ad-Diyanah, Maqalaat Islamiyin dan beberapa judul lain menjelaskan kebenaran dan membongkar kesalahan akidahnya yang terdahulu.

Wallahuaklam.

#pts



::: thanx 4 reading my entry! :::

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...