Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

Kelebihan madu



Hello,hello. Apa khabar korang! I`m Back! Aku tak tau lah da berapa kali aku guna ayat ni. Kali ni aku nak bagitau korang tentang kelebihan madu. Ambil perhatian, kelebihan madu dan bukan kelebihan bermadu yer! LOL


Antara kelebihan madu ialah:

·         Madu lebah merupakan ubat yang telah digunakan sejak beberapa abad yang lalu untuk merawat penyakit. Antaranya ulser, pengelupasan, jangkitan mata, tekak, penyembuhan luka, dan batuk.


·         Kajian yang dijalankan oleh U.S. Department of Agriculture mendapati madu lebah terbahagi 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun warna madu lebah bukanlah petunjuk tepat bagi menguji gred madu kerana dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen organic tertentu di dalamnya.





·         Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tetaplah kamu dengan dua penyembuhan iaitu madu dan al-Quran.”(Riwayat Ibn Majah)



Ini menunjukkan betapa mujarabnya madu itu dengan izin Allah.



·         Kandungan madu terdiri daripada air, gula (fructose, sucrose, glucose, maltose), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (kalsium, natrium, fosforus, besi, magnesium dan mangan), dan enzim berupa diastase.



·         Kandungan penting enzim diastase dan invertase pada madu sangat berguna untuk mengurai pati, protein dan glucose. Mineral penting yang tersusun dalam madu juga mendekati kadar yang ada dalam darah manusia.





·         Kelebihan madu berbanding gula biasa ialah ia tidak mengganggu selaput dinding system penghadaman, mudah diasimilasikan badan, membekalkan tenaga yang diperlukan dengan cepat, membantu memulihkan tenaga ahli sukanyang keletihan dengan cepat, dan melawaskan pembuangan air besar.



·         USM dengan kerjasama FAMA membuat 20 kajian terhadap madu Tualang. Hasil kajian tersebut mendapati ia memberi kesan positif kepada tubuh manusia seperti berupaya melewatkan menopous dalam kalangan wanita berusia, merawat diabetes, menguatkan tulang dan meningkatkan hormone dalam tubuh wanita.




·         Secara umumnya, madu dapat dimanfaatkan sebagai makanan kesihatan semula jadi, meningkatkan stamina tubuh, sumber vitamin, antibakteria, merawat kulit, batuk, lelah, mengatasi kejang otot, insomnia dan banyak lagi.



::: thanx 4 reading my entry! :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...