Hello,hello.
Apa khabar korang! I`m Back! Aku tak tau lah da berapa kali aku guna ayat ni.
Kali ni aku nak bagitau korang tentang kelebihan madu. Ambil perhatian,
kelebihan madu dan bukan kelebihan bermadu yer! LOL
Antara
kelebihan madu ialah:
·
Madu
lebah merupakan ubat yang telah digunakan sejak beberapa abad yang lalu untuk
merawat penyakit. Antaranya ulser, pengelupasan, jangkitan mata, tekak, penyembuhan
luka, dan batuk.
·
Kajian
yang dijalankan oleh U.S. Department of Agriculture mendapati madu lebah
terbahagi 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren
kecoklatan, coklat dan hitam. Namun warna madu lebah bukanlah petunjuk tepat
bagi menguji gred madu kerana dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga
yang mempunyai kandungan mineral dan komponen organic tertentu di dalamnya.
·
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tetaplah
kamu dengan dua penyembuhan iaitu madu dan al-Quran.”(Riwayat Ibn Majah)
Ini
menunjukkan betapa mujarabnya madu itu dengan izin Allah.
·
Kandungan
madu terdiri daripada air, gula (fructose, sucrose, glucose, maltose), vitamin
(B1, B2, B5, B6, C), mineral (kalsium, natrium, fosforus, besi, magnesium dan
mangan), dan enzim berupa diastase.
·
Kandungan
penting enzim diastase dan invertase pada madu sangat berguna untuk mengurai
pati, protein dan glucose. Mineral penting yang tersusun dalam madu juga
mendekati kadar yang ada dalam darah manusia.
·
Kelebihan
madu berbanding gula biasa ialah ia tidak mengganggu selaput dinding system penghadaman,
mudah diasimilasikan badan, membekalkan tenaga yang diperlukan dengan cepat,
membantu memulihkan tenaga ahli sukanyang keletihan dengan cepat, dan melawaskan
pembuangan air besar.
·
USM
dengan kerjasama FAMA membuat 20 kajian terhadap madu Tualang. Hasil kajian
tersebut mendapati ia memberi kesan positif kepada tubuh manusia seperti
berupaya melewatkan menopous dalam kalangan wanita berusia, merawat diabetes,
menguatkan tulang dan meningkatkan hormone dalam tubuh wanita.
·
Secara
umumnya, madu dapat dimanfaatkan sebagai makanan kesihatan semula jadi,
meningkatkan stamina tubuh, sumber vitamin, antibakteria, merawat kulit, batuk,
lelah, mengatasi kejang otot, insomnia dan banyak lagi.