Assalamualaikum para
blogger dan reader blog ini, wit wit. Dah seharian tak ada entri kan, boring
jugak rasanya blog kalau tak ada entri. Kat sini ada la sikit benda nak bagi
kat para blogger dan reader sekalian. Ini adalah 250 fakta dan pengetahuan am
yang mesti korang baca dan tahu serba sedikit. Dan nama pun fakta, dari sudut
sains maybe betul tapi Allah je yang tahu kebenarannya.
1. Sebelum Masehi di dalam
bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno
Domini)
2. Ikan yu kehilangan gigi
lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam
sahaja
3. Julius Caesar tewas
dengan 23 tikaman
4. Nama kereta Nissan
berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
5. Zirafah dan tikus boleh
bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
6. Perut menghasilkan
lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.
7. 98% dari perkosaan dan
pembunuhan dilakukan oleh keluarga terdekat atau teman si mangsa.
8. Semut dapat mengangkat
beban 50 kali tubuhnya
9. Deklarasi Kemerdekaan
Amerika ditulis diatas kertas marijuana
10. Titik diatas huruf i
disebut ‘title’
11. Sebutir kismis yang
dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam
gelas
12. Benjamin Franklin
adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
13. Triskaidekaphobia
adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13
haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17
adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4. Di Malaysia tak ada.
14. Lidah zirafah
panjangnya sekitar 50cm
15. Mulut menghasilkan 1
liter air liur setiap hari
16. Kita bernafas kira-kira
23,000 kali setiap hari
17. Kod Zip (Poskod) adalah
kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
18. Coca-Cola mengandung
Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
19. Rata-rata kita
mengucapkan 5000 patah perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita
bercakap pada diri sendiri)
20. Seandainya nilai air
dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus
21. Orang German cuba untuk
meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta
22. Seumur hidup kita
meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter
23. Setiap orang, termasuk
kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
24. Titik merah pada 7-Up
logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.
25. Seorang lelaki
kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.
26. Tanda ’save’ pada
Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik
27. Albert Einstein dan
Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal
dan Emma Wedgewood).
28. Unta mempunyai 3
kelopak mata.
29. Sehelai rambut di
kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru30. Seseorang itu masih di
dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal/dipancung
31. Otot yang bekerja
paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita
berkelip. kita boleh berkelip 5 kali dalam sesaat
32. Coklat dapat membunuh
anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya
33. Tanpa dicampur air liur
di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan
34. Kuku di jari tangan
tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki
35. 13% orang di dunia
adalah kidal
36. Hampir semua lipstik
mengandungi sisik ikan
37. Bayi yang baru lahir
berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya
38. Kita sebenarnya melihat
dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4
bahagian dari otak digunakan untuk mengatur gerak pada mata
39. Kala jengking boleh
dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan
marah dan menyengat dirinya sendiri
40. Pada tahun 1830an, sos
tomato dijual sebagai ubat.
41. Tiga monyet bijak punya
nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no
evil).
42. India mempunyai
Undang-undang hak untuk lembu
43. Jika anda bersin
terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan
bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan
akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata
boleh terkeluar dari tempatnya.
44. Nama negara Filipina
berasal dari nama Raja Phillip
45. Saudi Arabia berasal
dari nama Raja Saud
46. Kanak-kanak mempunyai
20 gigi susu. Orang dewasa mempunyai 32.
47. Seorang ayah lebih
cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya
48. Setiap pusingan 11
tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan
“Solarmax”.
49. Ada 318,979,564,000
kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
50. Ada lebih dari 300
bakteria membentuk karang gigi
51. Harimau adalah yang
terbesar dalam keluarga kucing
52. Nombor “172″ boleh
didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah
Lincoln Memorial.
53. Pohon kelapa membunuh
150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu
54. Pada poster film
‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard
Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.
55. Daerah kutub kehilangan
matahari selama 186 hari dalam setahun
56. Kod Telefon
International untuk Antartica adalah 672.
57. Bom pertama dijatuhkan
di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.
58. Rata-rata hujan jatuh
dengan kecepatan 7 batu sejam
59. Leonardo Da Vinci
memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai
dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang hampir sama
dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.
60. Nama dari kembar gemini
adalah Castor dan Pullox
61. Pergerakan Bruce Lee
sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat
semua gerakannya.
62. Satu kilo dari berat
badan kita mengandung 7000 kalori
63. Darah sama pekat dengan
air laut
64. Air laut di lautan
Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik
65. Topeng tokoh Michael
Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk
(Star Trek) yang di cat putih – mereka kekurangan modal.
66. Nama asli butterfly
(kupu-kupu) adalah flutterby.
67. 1 bayi lahir setiap 7
saat
68. Satu dari 14 wanita
Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17
69. The Olympic adalah
saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.
70. Saat Titanic karam,
2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat
71. Di Amerika, seseorang
dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal
karena AIDS setiap 10 minit
72. Sampai usia 6 bulan,
bayi boleh menelan dan bernafas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh
melakukannya
73. Alasan kenapa di iklan
jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan
seperti sedang tersenyum
74. Seiap tahun bulan
menjauh 3.82cm dari bumi
75. Saat kita bertahan
hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan
karena mengandungi cukup khasiat untuk hidup buat sementara waktu.
76. Dalam satu titis air,
mengandungi 50 juta bakteria
77. Dengan menaikkan kaki
perlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir selut.
78. Satu dari 10 orang
hidup di suatu pulau
79. Memakan saderi membuang
kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri
80. Lobster dapat hidup
selama 100 tahun
81. Gula-gula getah tidak
dijual di Disney Land
82. Mangunyah gula-gula
getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis
83. Rahang kucing tidak
boleh bergerak kekiri dan kanan
84. Nama Artic (kutub
utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub
hanya ada di kutub utara
85. Jika kira berdiri di
dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari
86. Suara yang kita dengar
dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala
kita.
87. Kebanyakan manusia yang
menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada
ruang tertutup (claustrophobia) .
88. Teknik mengacau terbaik
bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W
89. Adegan band yang terus
bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah sebenar
90. Buku Guinness Book of
Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri dari perpustakaan
91. 35% dari orang yang
mencari jodoh melalui internet, sudah berkahwin.
92. Coca-Cola dulu berwarna
hijau
93. Secara fizikal, babi
tidak boleh mendongak ke langit
94. Semua beruang kutub
kidal
95. Kelawar selalu belok ke
kiri jika terbang keluar dari gua
96. Jim Henson pertama kali
memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”
97. Gajah satu-satunya
haiwan yang tidak boleh melompat
98. The Michelin man
(figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama
aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.
99. Kita tidak boleh
menjilat siku kita sendiri
100. Kata “lethologica”
menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.
101. Sekitar 14% penagih
yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.
102. Kalimah yang boleh
dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut
“palindrome” .
103. Siput boleh tidur
selama 3 tahun
104. Diatas khatulistiwa
melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata
105. Orang di Cina lebih
banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika
106. Kerana pengaruh
putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh
jatuhnya daripada kearah timur
107. Satu dari 9000 orang
menderita albino
108. Keursi elektrik
dicipta oleh seorang doktor gigi
109. Kita menyambut ulang
tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia
110. Setiap manusia dalam seumur
hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu
111. Botol air mineral dan
tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah
setelah 50,000 tahun
112. Kucing boleh membuat
lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10
113. Gigi memerang tak
pernah berhenti tumbuh
114. Kelawar adalah
satu-satunya mamalia yang boleh terbang
115. Jika patung Barbie
adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar
215cm dan mempunyai leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal
116. Tikus beranak pinak
sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1
juta keturunan.
117. Memakai Headphone
selama 1 jam dapat menmpercepatkan pembiakkan bakteria dalam cuping telinga 700
kali lebih cepat.
118. Seekor Babun bernama
‘Jackie’ menjadi perajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada
Perang Dunia Pertama
119. Kapal submarine German
World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandasnya.
120. Jantung ikan paus biru
berdenyut 9 kali dalam seminit
121. Arabic numerals bukan
berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.
122. Kupu-kupu melihat
dengan 12000 mata
123. Bulan February tahun
1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat
mengalami bulan purnama.
124. Ayam yang sudah
terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum
benar-benar mati.
125. Lipas boleh hidup 9
hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan
126. Di Bumi, satu tahun
adalah 365 hari. Di planet Mercury satu tahun adalah 2 hari
127. Umur pepatung
(dragonfly) adalah 24 jam
128. Secara purata, seorang
budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.
129. Memerlukan waktu 6
bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.
130. Daya ingatan ikan
hanya 3 saat
131. Bulan purnama 9 kali
tebih terang daripada bulan setengah.
132. Untuk setiap patung
memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang
tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka
orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menjejak
tanah, orang tersebut meninggal secara normal.
133. Beruang dewasa boleh
berlari sepantas kuda
134. Tulang kuda lebih
banyak 18 buah dari tulang manusia
135. Obor-obor terdiri dari
95% air
136. Kulit kuda belang
adalah putih yang bergaris hitam
137. Kecuali manusia dan
monyet, semua mamalia buta warna
138. George Washington
Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)
139. Tikus dan kuda tidak
boleh muntah
140. Penguin adalah burung
yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.
141. Angkasawan dilarang
memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam
baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.
142. Winston Churchill
lahir di dalam tandas wanita pada waktu majlis tarian
143. Sebelum ada pesawat
jet, Jetlag disebut Boatlag
144. Kucing berpeluh
melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)
145. Kucing tidak boleh
merasakan rasa manis
146. Coklat mencair dalam
mulut karena takat cairnya adalah 35 darjah celcius
147. Tisu tandas dicipta
pada tahun 1857
148. Lembu tidak mempunyai
gigi atas
149. Hedenophobic bermaksud
takut akan kesenangan.
150. Pendeta Mesir kuno
mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.
151. Buaya tidak boleh
menjelirkan lidah.
152. Kentut lembu termasuk
penyebab utama global warming
153. Semut selalu jatuh
mengiring ke kanan jika diberi racun serangga
154. Kucing rumah sangat
benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus
155. Seorang rakyat Amerika
mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh
seekor kuda.
156. Seorang manusia boleh
hidup selama 11 hari tanpa air.
157. Agen rasa kupu-kupu
ada dikakinya
158. Dry Ice tidak meleleh,
tapi menguap
159. Mata burung unta lebih
besar dari otaknya
160. Tapak sulaiman tidak
punya otak
161. Setiap manusia punya
telinga yang berbeza
162. Kebanyakkan bahan besi
di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan
kapal terbang.
163. 80% dari seluruh
binatang di dunia adalah serangga
164. Kacang adalah salah
satu bahan untuk membuat dinamit
165. Ratu Elizabeth I
menderita Anthophobia (takut akan mawar)
166. RSVP adalah Respondez
S’il Vous Plait yang ertinya ‘mohon jawapan’
167. Mata manusia yang
sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu
168. Ikan emas yang bunting
disebut ‘twit’.
169. Eropah adalah benua
tanpa padang pasir
170. Lalat melompat ke
belakang sebelum terbang
171. Seekor kucing memiliki
32 otot pada setiap telinga
172. Seekor lebah madu
boleh terbang selaju 15 batu sejam
173. Harimau mempunyai
kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.
174. Nama saintifik bagi
1/100 daripada sesaat ialah “jiffy”
175. Hanya 3 malaikat,
Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil
176. Kambing mempunya
kelopak mata berbentuk segi empat
177. Novel pertama yang
menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer
178. Hamster sangat suka
makan cengkerik
179. Semasa zaman Peter the
Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.
180. Rata-rata dalam setiap
batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.
181. Tanduk badak terjadi
dari rambutnya yang mengeras
182. Perang paling singkat
dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah
setelah 38 minit berperang.
183. Kutu rambut sebenarnya
lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor
184. Kulit beruang kutub
sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan nampak putih di salji.
185. Elvis mempunyai
saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah
Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.
186. Landak mempunyai
bentuk jari yang mirip manusia.
187. Kuda Nil kentut
melalui mulut.
188. Shakespeare ialah
orang yang mencipta perkataan “assassination” dan “bump.”
189. Mahluk yang boleh
tersipu-sipu hanya manusia
190. Jika kita memelihara
ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.
191. Wanita berkedip dua
kali lebih banyak dari lelaki.
192. Nama Jeep (jip)
diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.
193. Orang yang menggunakan
tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal
194. Jika semua emas di
dalam laut ditimbang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas
sebanyak 20kg
195. Jika hati manusia
berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam
196. “Quidnunc” adalah
sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.
197. Jika matahari
tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.
198. Leonardo Da Vinci yang
mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat-alat yang lain.
199. Abjad untuk Hawaiian
ada 13 sahaja – A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W – yang dipanggil okina.
200. 25% dari tulang
manusia ada di kaki.
201. David Sarnoff adalah
orang yang pertama menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia
akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company
(NBC).
202. Kira-kira 100 orang
tersedak ballpoint tiap tahun.
203. Jika kita terkunci
diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida
daripada kekurangan oksigen
204. Jika kita kehilangan
satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan
seluruh persepsi tentang kedalaman objek.
205. Berdiri lama tanpa
membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan
206. Bawang putih yang kita
gosok di tumit kaki akan meresap dapat
dicium dalam nafas kita.
207. Dengan merentangkan
kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan
tinggi kita.
208. Cuti selama sebelas
hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya
209. Di dalam filem Silence
of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkelip.
210. Di jepun, warung kopi
disebut ‘Kissaten’.
211. Merebus telur burung
unta memerlukan waktu 40 minit.
212. Jaguar takut pada
anjing
213. Gajah hanya tidur 2
jam dalam sehari
214. Johnny Deep takut pada
badut
215. Ganymede adalah bulan
planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari
planet Merkurius.
216. Dalam golf, ‘Bo Derek’
adalah istilah untuk nilai 10.
217. Iceland mengambil
Coca-cola perkapita lebih daripada negara-negara lain.
218. Latte dalam bahasa
Italia adalah susu
219. Llanfairpwllgwyngyl
lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.
220. Di Itali, Micky Mouse
lebih dikenal dengan nama ‘Topolino’
221. Susu sebenarnya lebih
menyerupai makanan daripada minuman.
222. Ada lebih dari 450
jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.
223. Nyamuk lebih suka
kanak-kanak daripada orang dewasa.
224. Partikel debu didalam
rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati
225. Rata-rata manusia
bergerak 40 kali dalam tidurnya
226. Dalam bahasa Inggeris,
‘Naked’ ertinya tanpa perlindungan.
227. Broccoli dan kubis
bunga adalah sayuran yang berupa bunga.
228. Bayi yang baru lahir
memiliki 350 tulang. Mereka bersatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada
usia 5 tahun.
229. Tidak ada bukti yang
pasti siapa yang menyiapkan Taj Mahal.
230. Dalam kajiselidik
terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang
menimbuskan kepalanya dalam tanah.
231. Neil Amstrong
melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.
232. Shuttlecock untuk
badminton harus mempunyai 14 bulu.
233. Mutiara boleh larut
dalam cuka.
234. Babi tidak boleh
berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berendam dalam lumpur
untuk menyejukkan kulitnya.
235. Venus dan Uranus
adalah planet di sistem suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi
matahari terbit dari barat di planet ini.
236. Microwave dicipta
setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui radar dan mendapati coklatnya
meleleh dalam poketnya.
237. Ikan yu kebal terhadap
kanser
238. Rusa Santa bernama:
Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen
239. Beberapa jenis cacing
pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.
240. Kita boleh menyuruh
lembu menaiki tangga, tapi tidak boleh menyuruh lembu menuruni tangga.
241. Pelekat yang
ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first
set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”
242. Kapal Cruise Queen Elizabeth
2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.
243. Nama paling popular
dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.
244. Bebola mata kita
beratnya lebih kurang 28 gram
245. Paru-paru kiri lebih
kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.
246. Penguin hanya ada di
kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi garis khatulistiwa (Garisan tengah
bumi).
247. Kebanyakan orang boleh
mendengar lebih baik dengan kuping kanan
248. Vitamin pada buah
biasanya terdapat pada kulitnya
249. Pada tahun 1933, watak
animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.
250. Seorang lelaki lebih
mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita
#P.S: Apa-apa yang ada
disini tidak semestinya betul belaka. Citer dulu, betul salah lain kira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan