Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

Messi dan Bojan ada hubungan?

     Korang jangan berfikir benda lain. Mereka bukan gay tapi SEPUPU JAUH!! Susah nak percaya,betul tak? But it`s a realiti. U must accept it.LOL. Tekan read more kalo nak tau lebih lanjut...


     Satu siasatan oleh Diari Segre telah mendedahkan bahawa striker Barcelona,Leo Messi dan striker Roma,Bojan Krkic merupakan sepupu jauh.


     Diketahui baru-baru ini yg Messi mempunyai susur galur Catalan dan kini dilihat moyangnya dan moyang Bojan ialah adik beradik! Keluarga kedua-dua pemain itu berkongsi nama yang sama iaitu Perez,bermula daripada keturunan yang berpindah dari Teruel ke Poal pada kurun ke-18.

     Ramon Perez Llobera,moyang Messi dilahirkan pada 1859 dan adiknya Goncal,moyang Bojan dilahirkan 9 tahun kemudian. Cucu Ramon,Rosa Maria Perez berhijrah ke Argentina,di mana dia mengahwini Eusebio Messi Baro. Anak mereka ialah ayah kepada Lionel Messi.

     Messi dan Bojan beraksi bersama di Barcelona sehingga Bojan berpindah ke AS Roma ketika jendela perpindahan musim panas.

     Tak sangka aku. Patutlah sama-sama pendek,sama-sama hebat(ye ke?)
Bojan Krkic
Lionel Messi









SUMBER:MAJALAH WISEL EDISI KE-261

::: thanx 4 reading my entry! :::

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...