Nafsu: Kalau
kau tak couple, sampai bila pun
tak jumpa jodoh hoi!
Iman: Orang
dulu-dulu tak couple pun, kahwin je? Cuba tengok datuk nenek kita dulu, mana
ada nak sibuk-sibuk bercouple ni. Akhirnya bahagia jugak. Sampai ke anak cicit
lagi!
Nafsu: Tu
orang dulu-dulu Man, kau jangan nak banding zaman dulu dengan sekarang. Dulu
kuno, mana ada nak romantik-romantik ni! Kau tengok budak sekarang ni, bahagia
je mereka. Kat Mid Valley berdua, kat UNIELSE berdua, kat meja study berdua,
makan pun bak candle light dinner ! Euww, romantisnya anak-anak zaman sekarang. Jealousnya!
Man, cakap je lah yang kau jealous kan, kan, kan?Hahaha…
Iman:Hey
Naf, sempit betul pemikiran kau. Itulah kalau asyik ikut kau, yang betul nampak
salah, yang dosa, yang maksiat , semuanya jadi halal. Yang ikut syariat
kau kata kuno, tak bertamadun. Yang maksiat menghampiri zina, kau kata tak
salah, tak berdosa. Padahal, couple tu lah yang mendorong zina! Allah
berfirman Surah Al Isra’ ayat 32:
“Dan
jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji
dan suatu jalan yang buruk.”
Nafsu: Amboi, amboi dah keluar dalil pulak. Kenapa
kau kata couple tu penyebab zina? Ada alasan kukuh ke?
Hey, orang couple ni tak semua jahat tau! Tengok anak didik aku tu, elok je,
sweet je. Nak pergi mana-mana pun sama-sama. Diorang mana pegang-pegang tangan
ni. Bersentuhan pun tak pernah you! Ni keriyuu(alasan)
kau kata couple tu penyebab zina? No
way, diorang pun budak pandai, nak pergi belajar kat Korea lagi
awal tahun ni. Tak ada masalah pun?
Iman: Nafsu,
kau memang kuat berhujah dan pandai cari alasan. Lepas tu, kau suka putar belit
suruhan dan larangan Allah. Patutlah ramai orang rela bercouple, rupa-rupanya
terpengaruh dengan kau yang setebal kulit durian. Cuba semak balik firman Allah
tadi:
“Dan
jangalah kamu MENDEKATI zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji
dan suatu jalan yang buruk.”
Naf, dah nampak ke belum? Perlu diulang?
Jadi,
bukankah couple itu mendekati zina? Apa jaminan kau
bahawa pasangan-pasangan yang dikatakan tidak pernah berpegangan tangan itu
tidak akan melakukannya suatu hari nanti? Berapa banyak jaminan kau wahai
encik Nafsu? Tengoklah sekarang, dah berapa banyak bayi luar nikah dibuang? Ni
semua sebab orang yang asal-asalnya bercintan-cintun, duduk bertepek-tepek
akhirnya yang perempuan dinodai. Tak cukup lagi ke firman Allah tadi?
Jawapannya, cukup. Cuma manusia je yang tak pernah cuba nak elok daripada
menghampiri dosa besar tu. Tambah-tambah lagi bila dah dihasut kau. Masih lagi
berdua-duaan, berkepit sana-sini, walaupun belum ada ikatan perkahwinan.
Nafsu:
Bukankah Tuhan dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan? Couple tu bukan berpasang-pasangan ke hah
wahai encik Iman yang arif lagi bijaksana?
Iman:Sebab
itulah kena belajar, jangan kita ikut hawa nafsu translate sendiri ayat
al-Quran. Nanti jadilah macam ni, menghalalkan yang haram pula.
Berpasang-pasangan itu bukan bererti bebas bercouple atau bebas buat apa
sahaja. Kalau dah couple tu, mestilah tak sah kalau tak telefon atau bergayut
kan?
Nafsu: Eh,
mestilah, kalau tidak macam mana nak rapatkan ukhwah.
Iman: Amboi,
sekarang pandai-pandai je kau kata couple tu mengeratkan ukhwah? Tak cukup lagi
bergayut, bertentangan mata lama-lama. Benda ni boleh jadi zina mata, telinga,
malah, hati pun.
Begitulah perbualan Nafsu dan Iman (bukan nama sebenar). Nafsu
itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri
manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela dan sentiasa mendorong
diri manusia itu ke arah kejahatan.
Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda kuda yang liar.
Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang
menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat
ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan
betul ia boleh membawa kepada kebaikan.
Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam
al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas
daripada gangguan kejahatan. Maksud firman Allah s.w.t:
“Hai
nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan
menggembirakan.”
(Surah al-fajr 89: 27-28)
Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum
terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu
ini dinamakan nafsu lawwamah. Firman Allah yang bermaksud:
“Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.”
(Surah al-Qiyamah 75: 2)
Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di
peringkat ammarah bi al-su’ – yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada
syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
“ Dan
aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada
kejahatan.”
(Surah Yusuf 12: 53)
Semua
maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam
Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan
rukun Islam.
Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?
Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?
Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang
batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan
yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki
peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya,
“Peperangan
apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa
nafsu.”
(Riwayat Al Baihaqi)
Nafsu
itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi
seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah ‘highway’ atau
jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka
semakin luaslah ‘highway’ syaitan. Kalaulah nafsu dapat
diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa
kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.
“ Sesungguhnya
hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan “
(Yusuf: 53)
Oleh itu,marilah kita perangi
nafsu kerana ia adalah satu jihad. Terutamanya, apabila melihatkan
pasangan-pasangan couple yang tumbuh bagai
cendawan selepas hujan di sini, membuatkan hati aku dak tenteram apabila
melihat sahabat-sahabat sendiri bergelumang dengan kemaksiatan. Bukan kerana
menjaga tepi kain, atau bukan kerana jealous, tetapi kerana ini
tanggungjawab kita semua yang melihat kemungkaran. Berdosalah semua
jika tiada yang menegur. Semoga artikel ini sekurang-kurangnya membuka pintu
hati kita, untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan yang tepat dengan hati
dan iman, bukan dengan nafsu.
Wallahualam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan