Hi korang!!! Selamat datang ke blog aku. Aku harap korang baca entri aku dengan tenang dan santai. Selamat Membaca!!!

disabled right-click

TIP PANDAI BELAJAR:KAEDAH MENGHAFAL



1)      Membaca Secara Menyeluruh

-Baca dulu keseluruhan nota yang korang nak hafal dan tanya sesiapa yang korang rasa dia boleh tolong korang supaya korang faham dengan teliti apa yang korang hafal. Perkara yang sangat penting. Aku benci kalau orang Tanya aku sesuatu perkara yang dia hafal tapi BLURRR je.(Kadang-kadang tu buku rujukan ada kat depan dia tau, sabo je la)

2)      Ambil Nota Ringkas

-Senang cakap korang buat toyol tapi jangan pulak korang bawak masuk dewan. Kantoi korang jangan salahkan aku. Aku paling suka cara ni. Korang ambik nota yang perlu je yang korang sendiri faham. Korang boleh buat nota berdasarkan ‘learning outcome’ or ‘hasil pembelajaran’ kat permulaan setiap sub-topik dalam setiap buku teks yang korang ada. Pastikan nota korang cukup padat dan sediakan buku rujukan jika korang ikut cara ni(sebab kadang-kadang buku teks tak bgtau secara lengkap,buku teks bg tau secara umum je). Paling afdhal korang guna kertas A4 lipat 8 bahagian dan tulis nota korang kat kertas tu.

3)     Guna Pena Berwarna

-Penggunaan pena berwarna membantu dalam menunjukkan tajuk-tajuk atau konsep utama dengan mudah dan membantu ingatan

4)      Baca Sekali Imbas

5)      Baca Nota Secara Berulang-ulang(muallak)

6)      Catat Kembali Nota

-Kalau korang dah hafal,cuba tulis balik nota yang korang hafal. Kalau ada yang salah,maknanya korang kena hafal lagi dan lagi sehingga tiada kesalahan yang korang lakukan.

7)      Ulangi Apa yang dihafal di hadapan kawan

-Korang mintak tolong kawan korang semak hafalan korang. Mungkin lebih berkesan kerana ada interaksi antara korang dgn kawan korang berbanding semak sendiri(cara 5).

8)      Correction

-Kalau ada yang salah dalam cara 5 & 6,buat pembetulan(mungkin nota yang korang tulis tak tepat. Hal ni berlaku kat kelas aku,semuanya sebab semua buku rujukan termasuk Longman dan Sasbadi tulis pola petempatan Felda berpusat padahal dalam buku teks tulis berkelompok. Jadi,utamakan buku teks kerana buku teks menjadi sumber rujukan pertama bagi pemeriksa) .



Nota-nota mesti diulangi dalam tempoh 24 jam drpd proses mengingat. Hal ni kerana jika lebih drpd itu,kemungkinan daya ingatan akan HILANG SEBANYAK 80% drpd bahan yg tak ditulis dalam nota sewaktu belajar walaupun cuba mengingatinya







::: thanx 4 reading my entry! :::

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...